Malaysia Dateline

Covid-19 sudah lepasi sejuta kes, 62 peratus kes hari ini di Lembah Klang

Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sudah menembus rekod apabila melepasi sejuta kes dengan 1,013,438 kes hari ini.

Sebanyak 17,045 kes baharu direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi sekali gus jumlah kes harian tertinggi dengan 62 peratus dikesan di Lembah Klang.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian bahkan hari ini melepasi angka 8,000 iaitu 8,500 kes manakala Kuala Lumpur (2,045 kes) dan Putrajaya 50 kes.

Sementara itu, Kedah melonjak tajam dengan empat angka iaitu 1,216 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri utara tanah air itu kini mencecah 38,477 kes.

Johor mengalami kenaikan kes baharu untuk dua hari berturut-turut dengan pertambahan 950 kes hari ini berbanding 804 kes semalam.

Tercatat 818 orang disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir pada hari ini di
di Sabah sekali gus peningkatan untuk empat hari berturut-turut.

Jumlah kes positif Covid-19 di Perak hari ini pula mencecah 33,919 kes apabila berlaku pertambahan 609 kes baharu.

Dua negeri mencatatkan jangkitan baharu lebih 500 kes hari ini iaitu Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing 573 kes dan 513 kes.

Pahang dan Sarawak pula berkongsi lebih 400 kes dengan masing-masing 424 kes dan 407 kes.

Kedua-dua negeri itu juga mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding semalam.

Sementara itu, jumlah jangkitan Covid-19 di Melaka kini sebanyak 28,094 kes apabila bertambah 370 kes hari ini.

Dua negeri berjiran di Pantai Timur Semenanjung pula kekal mencatatkan kes baharu lebih rendah berbanding negeri-negeri Pantai Barat.

Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatatkan 273 kes dan 266 kes hari ini.

Selain Putrajaya, dua lagi negeri dan wilayah mencatatkan kes baharu kurang 50 kes iaitu Labuan (21 kes) dan Perlis (10 kes).