Malaysia Dateline

Covid-19 terus berkurang 13,104 kes hari ini

Angka penularan kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan dengan 13,104 kes hari ini berbanding semalam, 13,899 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini mencecah 2,198,235 kes.

Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 2,943 kes baharu.

Selain Sarawak, empat lagi negeri mencatatkan kes empat angka hari ini iaitu Selangor dengan 1,558 kes baharu, Johor (1,455), Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).

Turut mencatatkan kes ialah Perak dengan 994 kes disusuli Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362), Kuala Lumpur (270) dan Negeri Sembilan (165).

Hanya dua negeri dan wilayah merekodkan kes baharu dua digit iaitu Perlis dan Putrajaya dengan masing-masing 80 kes dan 24 kes.

Sementara itu, hanya empat kes dikesan di Labuan hari ini.