Malaysia Dateline

Covid-19: Tiada kematian dicatat, 105 kes positif baharu direkodkan

Malaysia mencatatkan 105 kes baharu positif Covid-19 pada hari ini, yang tertinggi sejak 16 April lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 6,176 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada kesemua kes baharu tersebut, 11 daripadanya adalah kes import. 63 kes adalah dari Selangor manakala 14 pula dari Kuala Lumpur.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 116 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,326 kes.

KKM juga memaklumkan bahawa tiada kematian baharu pada hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kekal 103 kes.

“Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sarawak adalah negeri lain yang turut melaporkan kes baharu.

“31 kes masih dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) dan 12 kes memerlukan bantuan pernafasan,” maklum KKM lagi.