Malaysia Dateline

COVID-19: Tiada kes tempatan hanya 3 kes import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hari ini terdapat tiga kes baharu yang telah dilaporkan bagaimanapun kes ini tidak melibatkan penularan di dalam negara.

Kes terbaharu ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,677 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malayia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kes baharu yang dilaporkan adalah kes import dalam kalangan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

Katanya, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes
tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan justeru, jumlah
kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.