Malaysia Dateline

Covid-19: Turun 18,688 kes, 45 peratus di Lembah Klang

Kes harian Covid-19 di negara ini mengalami sedikit penurunan dengan 18,688 kes dilaporkan hari ini.

Rekod kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini ialah 1,262,540 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 45 peratus iaitu 8,511 daripada kes hari ini dilapor di Lembah Klang dengan Selangor (6,565 kes), Kuala Lumpur (1883 kes) dan Putrajaya (63 kes).

Sementara itu, Kedah hari ini merekodkan pertambahan 1,610 kes sekaligus peningkatan kes baharu untuk tiga hari berturut-turut.

Johor dan Sabah dengan empat angka masing-masing 1,308 dan 1,379 kes hari ini mengalami kenaikan kes harian berbanding semalam.