Malaysia Dateline

Covid-19: UiTM Samarahan terima sumbangan daripada TM Sarawak

UiTM Cawangan Samarahan telah menerima bantuan dan sumbangan berbentuk wang tunai daripada TM Sarawak semalam.

Sumbangan diserahkan sendiri oleh Pengurus Besar TM Sarawak, Jafer Shadiq Abdul Lathiff kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Dato Dr Jamil Hamali di kediaman beliau.

Organisasi korporat tersebut berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah bermula sejak 18 Mac lalu.

Turut hadir menyerahkan bantuan kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak ialah Penolong Pengurus Besar TM Sarawak, Abdul Rahman Taha serta Pengurus TM, Faizan Horian.