Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Covid tak Covid, perancangan politik peribadi mereka tetap berjalan’

‘Covid tak Covid, perancangan politik peribadi mereka tetap berjalan’

oleh AKMAL MANAFMarch 21, 2020 7:00 am




Pemecatan Senator Datuk Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung Bersatu adalah salah satu daripada ‘bom jangka’ yang meletup di tengah keributan negara menguruskan penularan wabak Covid-19.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan pemecatan itu sebagai satu bentuk hukuman di atas kesetiaan Marzuki kepada Pengerusi Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jelas, terang lagi bersuluh, tiada istilah henti-hentilah berpolitik.. sekarang kita perlu tumpu kepada negara. Pada saya, itu hanya manisan mulut melalaikan dan penuh beracun.

“Daripada sini, kita akan melihat siapa manusia-manusia yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan Bersatu. Melompat kerana ikhlas dan sedar atau kerana kedudukan dan projek. Apakah untuk negara atau hakikatnya untuk diri dan kelompok mereka sendiri.

“Perkembangan ini juga jelas membuktikan tiada pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) seperti yang didakwa sebahagian ahli dan pemimpin Bersatu (kumpulan TSMY) bagi meyakinkan ahli-ahli Bersatu di bawah, kononnya tindakan Muhyiddin adalah atas arahan Tun Mahathir,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini.

Dalam pada itu, Aiman Athirah berpendapat, mereka itu tidak lebih daripada pro kepada niat dan nafsu untuk berkuasa dan menjawat jawatan penting negara.

Beliau berkata, sebab itu ketika Harapan mengisytiharkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam Muafakat Harapan 7 Januari 2018, kumpulan pengkhianat ini dilaporkan telah keluar meninggalkan dewan konvensyen sebagai tanda protes.

“Setelah Harapan berjaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kumpulan ini juga yang rapat membodek Tun Mahathir sekalipun terpaksa menghina Presiden parti mereka sendiri dalam dan di luar mesyuarat.

“Kasihan Tun Mahathir…. dikelilingi oleh oportunis-oportunis politik yang akan terus menyedutnya selagi boleh. Saya berdoa agar teman-teman saya dalam kalangan Bersatu yang masih keliru dan sengaja mengelirukan diri masing2 agar segera ‘sedar’ dan ‘insaf’.

“Di hadapan anda bukan delusi, bukan cubaan, bukan perancangan Tun Mahathir, tetapi sebaliknya khianat atas kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh parti dan rakyat,” katanya yang turut mendoakan Marzuki supaya terus kuat dan tabah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production