CPTPP: Kenaikan gaji dijangka hanya RM28 menjelang tahun 2028

CPTPP: Kenaikan gaji dijangka hanya RM28 menjelang tahun 2028

Berdasarkan kajian kos dan keuntungan yang dilakukan oleh firma penyelidikan pasaran, PricewaterhouseCoopers (PwC), penambahan gaji menjelang tahun 2028 hanya RM28 sahaja.

Timbalan Pengerusi Bantah TPPA, Azlan Awang berkata, kadar kenaikan gaji pada masa kini ialah RM100 setiap tahun namun landskap ini akan berubah jika Malaysia tandatangan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh PwC, jika kita tandatangan perjanjian ini, kenaikan gaji menjelang tahun 2028 hanyalah RM28, dan tidak memberi keuntungan kepada pekerja,” katanya dalam sidang media di pejabat MTEM di  Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, walaupun perjanjian ini mampu memberi faedah dari segi modal asing dan juga kenaikan angka dagangan namun landskap ekonomi negara juga berubah dan tidak menguntungkan.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS