Berkelakuan tidak senonoh, ‘duyung’ terlepas di KLCC akhirnya di escort polis

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman memaparkan perilaku seorang lelaki dipercayai warga asing yang berlagak seperti duyung tular di media sosial baru-baru ini.

Menimbulkan kekecohan, lelaki itu mulanya hanya merendamkan kaki di dalam air pancut di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Menerusi yang rakaman tular, situasi santai bertukar kecoh apabila lelaki tersebut berkelakuan tidak senonoh di tempat tarikan pelancong itu.

“Hoi, hoi. Out (keluar), out,” jerit orang ramai yang meminta lelaki itu beredar daripada terus bermandi manda di air pancut itu.

Tidak lama kemudian, lelaki itu dilihat telah diiringi ke lokasi lain oleh polis bantuan yang sedang bertugas di kawasan berkenaan.

“Duyung terlepas kat KLCC. Duyung dah kena tangkap,” tulis keterangan video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @hafizlazin.

@hafizlazin

🧞Duyung dah kene tangkap😂

♬ kucing mampus – Kxcingg

Rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen video yang tular tersebut.

“Cuaca sekarang kan panas, dia panas sebab itu dia mandi dekat kolam. Rumah dia tidak ada air,” kongsi seorang pengguna.”

“Weh, hahaha jalan belakang polis boleh berlenggang ya. Kalau kita dah menggigil satu badan.” Seloroh pengguna lain.

Baca juga: Hattan buat netizen meluat gara-gara sekolahkan pembaca berita ketika ‘live’