Malaysia Dateline

Cuaca tidak baik, 11 pusat mengundi Parlimen Baram digantung

Susulan cuaca yang tidak baik 11 Pusat Mengundi di Parlimen Baram telah digantung sehingga dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat.

Keadaan cuaca ini menyukarkan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke lokasi bertugas sama ada melalui udara, darat dan air.

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan.

Kesemua 11 Pusat Mengundi tersebut adalah:

  1. Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2)
  2. Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2)
  3. RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah (Saluran 1 & 2)
  4. Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2)
  5. Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 & 2)
  6. Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 & 2)
  7. Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1)
  8. Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 & 2)
  9. Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2)
  10. Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 & 2)
  11. Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 & 2)

Baca juga: Ini fitnah maha zalim, kata Hussamuddin KarangKraf