Mungkin rasa bersalah kerana dijemput ke majlis perkahwinan lain tapi mahu mencuba makanan di kenduri lain, lelaki tular selepas minta izin nak cuba ambil ais krim.
Malangnya ais krim tersebut tidak diberikan kepada lelaki itu atas dasar menghormati tuan rumah yang membayar pemiliknya.
“Kak, kalau dari majlis sebelah, boleh ambil satu ke?Tak boleh ke? Tak ada masalah,” ujar lelaki tersebut.
Rata-rata warganet menegur bahawa ia adalah salah kerana lelaki tersebut dijemput oleh majlis yang tidak membayar pemilik kedai ais krim.
“Sekurangnya dia jujur dari majlis sebelah. Kalau orang lain, bantai (tetap) beratur juga,” komen pengguna TikTok.
Dia boleh sahaja diam dan ambil, tapi atas kejujuran yang tinggi buat saya rasa hormat. Mungkin anak yang teringin. Salute!” ujar @azana_amat
“Tak apalah dia tanya elok-elok. Daripada dia diam dan terus ambil makan. Baguslah dia tahu halal haram,” tambah Zafirah Samsuddin.
Baca juga: Beli ‘seat’ lain tapi nak duduk tepi tingkap, lelaki berkeras nak tempat asal