Drama yang menyelubungi wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) memasuki episod baharu apabila seorang guru didapati ‘cuai’ dalam mengagihkan wang tersebut.
Guru lelaki itu didakwa secara sengaja telah mengurangkan jumlah yang sepatutnya diterima oleh ibu bapa kepada RM100.
Kejadian tersebut dikatakan bukanlah sekadar ‘human error’ sebaliknya berpunca daripada sikap yang tidak jujur kerana ibu bapa yang mendapat kurang RM50 bukanlah seorang dua.
Umum mengetahui, kerajaan telah memperuntukkan BAP sebanyak RM150 kepada semua murid yang masih bersekolah. Maka tidak hairanlah jika ibu ini mempersoalkan kejujuran guru tersebut.
Menerusi satu rakaman video yang ditularkan di aplikasi TikTok (video sudah dipadam), ibu kepada tiga anak yang belajar di sekolah sama itu mendakwa kejadian tersebut bermula apabila dia mengambil bantuan bagi anak bongsunya.
Menurutnya, dia terkejut apabila guru itu memberikannya RM100 kerana dia telah menerima jumlah yang benar iaitu RM150 di kelas pertama disinggahinya iaitu kelas anak yang darjah lima.
Ibu yang dikenali sebagai Shuhada itu tidak tuduh melulu sebaliknya bertanya dahulu kepada guru tersebut tentang jumlah sebenar yang patut diterima oleh penjaga.
“Tak, RM100 (jawab guru). Aku tak cakap banyak, aku ambil. Aku tulis surat apa semua, aku ambil,” katanya yang bertindak bertanya kepada guru lain.
“Cikgu, saya nak tanya bantuan awal ni bukan RM150 ke? Cikgu itu jawab ya puan, RM150,” jawab guru perempuan anaknya yang berumur 12 tahun.
Shuhada kemudian mengambil keputusan untuk mengadu tentang kejadian tadi kepada guru tersebut sebelum berjumpa dengan guru yang memberikan nilai yang salah.
Setelah berjumpa dengan rakan sekerjanya, guru tersebut tanpa rasa bersalah atau kata maaf menyerahkan baki RM50 kepada guru perempuan itu.
Masih tidak berpuas hati, wanita itu kemudian berkongsi pengalamannya di dalam group Whatsapp dan tindakannya tidak salah apabila ada waris lain turut menerima jumlah yang salah.
Pihak sekolah kemudian meminta penjaga yang terlibat datang semula ke sekolah untuk mengambil baki.
Dalam perkembangan baharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat dan akan memastikan tindakan tegas diambil sekiranya kejadian tersebut sahih.
Baca juga: Duit Bantuan Awal Persekolahan, cikgu pening lihat drama ibu bapa
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio