Cubaan rampasan kuasa berjaya dikawal, kata inteligen Turki

Cubaan rampasan kuasa berjaya dikawal, kata inteligen Turki

Badan Inteligen Turki (MIT) mendakwa, cubaan rampasan kuasa di Turki telah berjaya dikawal dan ketua turus tentera Turki, Hulusi Akar kembali menjalankan tugas, lapor media Turki, Sabah Daily.

Sambil menunjukkan sekumpulan tentera ditawan, media itu melaporkan, jurucakap MIT, Nuh Yilmaz keadaan kini terkawal dan semua akan kembali kepada biasa beberapa jam lagi.

Polis telah menangkap kebanyakan tentera yang terlibat dalam usaha untuk merampas kuasa ini pada malam tadi manakala ribuan rakyat Turki turun ke jalan raya bagi menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya, lapor media berbahasa Inggeris Turki  itu.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT