Malaysia Dateline

Cucu Nik Aziz dipuji, Nik Abduh pula diperli ‘ana tahu’

Rata-rata warganet memuji penampilan cucu Mursyidul Am Pas, Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu anak sulung Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh.

Selain komentar yang menyifatkan anak muda itu sebagai kacak dan kelihatan alim mewarisi arwah datuknya, lain pula ulasan netizen terhadap Nik Abduh.

“Di airport Kota Bharu, menyambut anak sulung pulang bercuti dari Afrika Selatan. Lama tak pulang.

“Insya-Allah, selepas Ramadan nanti, masuk tahun akhir (Daurah Hadis). Semoga jadi maulana besar insya-Allah.

“Nampak macam kalah dah ayah dia ni,” kata Nik Abduh dalam hantaran di Facebook sebentar tadi diikuti emoji ketawa.

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang meninggalkan komentar berbaur sindiran kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu.

“Alhamdulillah. Moga dia (anak Nik Abduh) tak melibatkan diri dalam politik,” perli pengguna Facebook, Azlan Yunus.

Ada juga yang ‘nakal’ berpendapat anak muda berkenaan nampak lebih jujur berbanding ayahnya sambil merujuk rakaman audio yang tersebar beberapa tahun lalu dan kemudiannya disahkan oleh Pas sebagai milik Nik Abduh.

“Tengok ko muko tu nampak lebih jujur dan bijak dari ayahnya. Ana tahu, ana tahu, insya-Allah,” sindir Mohamed bin Ali.

Hantaran Nik Abduh di Facebook itu mendapat kira-kira 11,000 tanda suka serta lebih 700 komen dan hampir 100 perkongsian hanya dalam tempoh dua jam selepas dimuatnaik di laman sosial tersebut.