Cucu Tok Kenali, rakan Yusof Islam jadi calon PH di Demit

Dr Wan Ahmad Kamil…rakan Cat Steven ketika belajar di London.

Pengundi Demit, Kelantan bertuah apabila seorang bekas profesor yang juga cucu Tok Kenali, Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah dipilih sebagai calon wakil rakyat mereka.

Bukan setakat cucu Tok Kenali, Dr Wan Ahmad Kamil juga adalah rakan kepada Yusof Islam atau nama asalnya Cat Steven, penyanyi yang terkenal di London.

Bekas pensyarah perubatan di USM Kubang Kerian yang bersara wajib 10 Februari 2018 lalu bakal mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini dianggap paling kuat Pas di seluruh negara itu.

Wan Ahmad Kamil mula dilantik ke jawatan Profesor Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan pada 2016 lalu.

Sebelum itu, beliau adalah pensyarah di Jabatan Perubatan Nuklear dan dua tahun kemudian berpindah ke Jabatan Radiologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM.

Beliau mula menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Sains Fizik, USM Pulau Pinang pada tahun 1986 lalu lagi selepas mendapat PhD di University of London.

Beliau dilahirkan pada 10 Februari 1958 di Pondok Kenali, Kubang Kerian, anak bongsu kepada Allahyarham Wan Abdullah dan Hajjah Rahmah (sekarang berumur 82 tahun).

Dua lagi adik beradik ialah Wan Nasihah (bekas pengetua MRSM) dan Wan Nasihuddin (jurutera).

Bapa kepada tujuh anak yang berjaya ini berkongsi kehidupan dengan isteri, Sharifah Fatimah binti Syed Zain yang berasal dari Salor, Kelantan.

Sebelum ini, Wan Ahmad Kamil banyak terlibat dalam bidang dakwah. Beliau memegang jawatan Setiausaha Agung Federation of Students Islamic Societies in UK and Ireland (FOSIS).

Yang menarik juga, ketika belajar di England, beliau juga dilantik sebagai Amir, Companions of The Mosque bersama Yusuf Islam di Masjid Besar Regent’s Park, London.

Semasa di London juga, beliau pernah mewakili masyarakat Islam London di dalam dialog antara Muslim, Yahudi, Kristian protestan dan Kristian katolik di sebuah kampong berhampiran dengan sungai Danube, Jerman.

Dialog ini dibiayai sepenuhnya oleh Kumpulan Yahudi Liberal, London.

Di peringkat nasional, beliau memegang jawatan Presiden, Persatuan Fizik Perubatan Malaysia semenjak 12 tahun yang lepas.

Di peringkat antarabangsa, pernah menjadi Wakil Negara (National Representative) bidang Radiologi Diagnostik di dalam International Atomic Energy Agency (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria.

Di dalam politik, beliau kini di dalam Parti AMANAH negeri Kelantan di samping
penyelaras DUN Demit, Kubang Kerian.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
6 user votes x 8.0