Malaysia Dateline

Cuepacs cadang Intan adakan kursus psikologi kepada penjawat awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) mengadakan kursus psikologi kepada penjawat awam terutama dalam kalangan pegawai tinggi.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ia bagi membantu penjawat awam mengurus tekanan kerja, meningkatkan produktiviti dan dalam masa yang sama membentuk sahsiah diri mereka.

“ Anggota (penjawat awam) yang paling tinggi menghadapi tekanan adalah Kementerian Kesihatan, kemudian Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.

“ Sebab itu Intan perlu mempunyai pegawai yang cukup untuk dilatih sebagai pegawai psikologi dan kaunseling. Kalau ini ada subjek seumpama itu di Intan, ia akan dapat membantu kita (penjawat awam) menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu Azih yang juga Ahli Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial menyampaikan sumbangan dana pembedahan implan kaki kepada Nurul Nadirah Anuar,14, mangsa kemalangan di Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus , 25 Mei lepas.- BERNAMA