Cuepacs dakwa terima aduan staf lantikan politik ganggu tugas penjawat awam

Cuepacs dakwa terima aduan staf lantikan politik ganggu tugas penjawat awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)mendakwa terdapat kakitangan lantikan politik yang mencampuri urusan dan tugas penjawan awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menerima laporan bahawa dikalangan anggota politik dilantik mencampuri urusan perkhidmatan awam.

“Sehingga hari ini kita masih menerima aduan terdapat mereka yang dilantik dikalangan ahli politik mencampuri urusan perkhidmatan awam kita.,” katanya pada sidang media dalam Majlis Iftar bersama Media di  Kuala Lumpur, hari ini.

Azih berkata Cuepacs mengharapkan perkara itu tidak berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Sempena genap setahun kerajaan PH, harapan Cuepacs supaya gangguann yang berada dalam saf kepimpinan politik ini tidak menggangu tugas penjawat awam, tidak mengambil alih tugas-tugas penjawat awam dan tidak menggagalkan tugas kerajaan.

“Kerana kita bimbang dasar yang akan diputuskan oleh kerajaan tidak sampai ke bawahan, diperingkat pelaksanaan tidak berjalan. Ini kerana kerajaan mengubal dasar akhirnya yang akan melaksanakan dasar adalah penjawat awam, kakitangan kerajaan,” katanya.

Menurut Azih, jika perkara sedemikian masih berterusan, maka Cuepacs berharap penjawat awam tidak akan dipersalahkan jika pelaksanaan dasar menjadi lambat.

“Kerajaan menggubal dasar, sama ada apa dasar sekali pun akhirnya yang akan melaksanakan dasar ini adalah penjawat awam iaitu kakitangan kerajaan.

“Dan kalau ini berlaku, maka proses untuk kerajaan baru kita   mencapai sasaran mereka akan menjadi lambat dan kita harap jika ini berlaku janganlah sampai penjawat awam dipersalahkan,” katanya.

Menjawab pertanyaan media, kemungkinan dasar tidak sampai ke bawah  beliau menyokong kenyataan Tun Daim Zainuddin mengenai kemungkinan penjawat awam akan mendiamkan diri jika tanggungjawab dan amanah itu telah diambil calih dikalangan saf kepimpin politik.

“Apa yang kami dimaklumkan, dasar-dasar  yang diputuskan oleh kerajaan hendak dilaksanakan oleh mereka dikalangan lantikan politik. Tidak mahu penjawat awam buat. Ini tidak pernah berlaku.

“Jika dasar ini dibuat pelaksanaannya itu sudah pasti kepada agensi kerajaan dan akhirnya sampai kepada rakyat dan sampai kepada mereka yang berada di luar untuk menikmati dasar kerajaan itu. Jika ada halangan sebgini ia akan melambatkan proses.

“Saya tidak fikir penjawat awam mendiamkan diri (tidak beri kerjasama) seperti kata Tun Daim  sedangkan mereka mahu memikul tanggungjaawab dan amanah melaksanakan dasar kerajaan ini,” ujarnya.