Malaysia Dateline

CUEPACS Sarawak sumbang RM10,000 bantu tangani penularan Covid-19

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak dan kesatuan-kesatuan di bawah Gabungan CUEPACS Sarawak telah menyumbangkan sebanyak RM10,000 sebagai usaha menyokong menangani penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusinya, Ahmad Malie di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching, petang semalam.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datu Ik Pahon Joyik hadir bagi menerima sumbangan tersebut.

Antara kesatuan di bawah CUEPACS Sarawak ialah Sarawak Medical Service Union, Kesatuan Pemandu Kementerian Kesihatan Sarawak, Kesatuan Pembantu Makmal Pelajaran Sarawak, Sarawak Teachers Union, Kesatuan Pegawai-Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak, Sarawak Goverment Dental Employee Union, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak dan Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Sarawak.