Ramai yang memberi cadangan agar mana-mana pemandu lori cuit sikit side mirror kenderaan yang ‘makan’ jalan atau bunyikan hon sehingga 12 harakat ketika berdepan pengguna jalan raya biadab.
Reaksi netizen itu susulan perkongsian video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan insiden seorang pemandu lori terpaksa membunyikan hon beberapa kali terhadap pemandu yang memotong barisan sehingga mengambil laluan sebelah kiri.
Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan di kumpulan Facebook DashCam Owners Malaysia itu, terdapat sekurang-kurangnya 10 buah kereta termasuk kenderaan mewah memotong barisan dan ‘makan’ jalan orang lain.
Kejadian dirakamkan di satu persimpangan lampu isyarat pada jam 5.10 petang, 30 Julai lalu.
“Jujur cakap, orang yang suka potong barisan ni kena diajar adab cara kasar,” tegas Surenalini Sretheran.
Sementara itu, pengguna Facebook Afnan Mohamad menulis, “Tak cukup panjang lagi tu hon. Kena tambah lagi 12 harakat tu” manakala Yzuaf Mazin berkata, “Dah patut siap sedia telur dalam lori.”
Menurut Jason Goh, lokasi itu terletak di susur keluar Juru Autocity dari arah selatan yang kerap mengalami kesesakan lalu lintas.
“Lorong terlalu kecil. Satu lane saja ke kanan. Lebuh raya design teruk. Berdekatan banyak perindustrian seperti Prai dan Juru,” tambahnya lagi.
Baca juga Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet
Baca juga Suka hati je nak undur sebab terlepas simpang, lelaki bengang hon kenderaan sampai jalan