Selepas empat tahun makan hati, Puteri Sarah Liyana akhirnya memfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof hari ini.
Bagi Puteri Sarah, dia sudah berusaha sehabis baik untuk pertahankan rumah tangganya namun sudah tidak berdaya.
Sebelum ini tular mengenai perkahwinan Syamsul Yusof dengan orang ketiga, Ira Kaza di Thailand yang menjadi penyebab utama keretakan rumah tangga pasangan tersebut.
Pihak mahkamah menetapkan 7 Mac sebagai tarikh sebutan kes pertama selepas pelakon berkenaan memfailkan perceraian hari ini.
“Bukan sedih tetapi lega. Cukuplah sembilan tahun saya bergelar isteri kepada Syamsul dan nampaknya tiada rezeki lagi.
“7 Mac itu sangat signifikan sebab 8 Mac ialah tarikh ulang tahun perkahwinan saya. Tarikh ini pun mahkamah yang tentukan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama, pelakon drama Suri Hati itu mendedahkan suaminya telah ‘unblock’ dalam aplikasi WhatsApp pada 10 Januari lalu untuk ajak berbincang namun Puteri Sarah mahu selesaikan semua di mahkamah.
“Dia sudah ‘unblock’ selepas muat naik video kedua dan dia ada ajak berbincang tapi saya nak selesaikan semuanya hari ini.
“Kami tidak bertemu lagi setakat ini sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran.
“Dia ada hubungi semalam tetapi isinya saya tidak boleh dikongsikan kepada umum,” ujarnya.
Hari ini, Puteri Sarah hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan perceraian terhadap Syamsul.
Kehadirannya di mahkamah turut ditemani dua adiknya dan peguam syarie yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.
Baca juga: Duduk rumah flat tapi tetap nak cop parkir, netizen berang lihat orang pentingkan diri