Cuti Jumaat: PH Pahang mahu diselaras seluruh negeri, lebih holistik dan menyeluruh

Cuti Jumaat: PH Pahang mahu diselaras seluruh negeri, lebih holistik dan menyeluruh

Cadangan Pas Pahang agar hari Jumaat dijadikan hari cuti umum di negeri itu harus dilihat lebih holistik dan menyeluruh bukan dilihat dari sudut agama sahaja kata, Ketua Penerangan Pakatan Harapan Pahang Zulkifli Mohamed.

“Pelaksanaan secara seragam adalah lebih praktikal dan memudahkan ramai pihak yang mempnyai pelbagai urusan di seluruh negara.

“Adalah lebih strategi sekiranya cadangan ini dapat di bawa kepada kerajaan persekutuan bagi menimbang, menyelaraskan dan memperhalusi ccadangan tersebut agar semua negeri di Malaysia menyelaraskan cuti umum mereka,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai Cadangan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di Pahang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu pada Julai lalu.

Cadangan itu diutarakan oleh Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur juga mendapat bantahan beberapa Adun yang lain.

Zulkifli yang juga Naib Pengerusi AMANAH Negeri itu juga berkata, cadangan itu tidak perlu dilakukan tergesa-gesa sebaliknya memerlukan kajian menyeluruh dari aspek produktiviti dan psikologi masyarakat agar memberi manfaat kepada semua.

“Oleh demikian, Pakatan Harapan Pahang mengambil sikap dengan mengekalkan hari cuti umum tersebut sebagai ‘status quo’ sehingga suatu kajian dan keputusan yang lebh holistik dicapai,” ujarnya.

Pada 27 Julai Pesuruhjaya Pas Negeri, Rosli Abdul Jabar dalam kenyataannya juga berkata, Pas akan menghadap Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat bagi mengemukakan usul supaya Jumaat dijadikan hari cuti mingguan untuk negeri itu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menyokong penuh cadangan mengubah cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu di negeri ini berikutan ada banyak fadilat untuk umat Islam beribadah.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0