Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dadah: Putra minta kerajaan kekalkan hukuman mati mandatori
Datuk Dr Ibrahim Ali

Dadah: Putra minta kerajaan kekalkan hukuman mati mandatori

BernamaFebruary 21, 2020 7:21 am




 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mahu kerajaan mempertimbangkan langkah untuk mengekalkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata hukuman sedia ada yang dilaksanakan buat masa ini adalah memadai dan setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

“Bagi Putra, hukuman mati mandatori ini mesti dikekalkan untuk semua kesalahan jenayah yang menyebabkan kematian. Jika sesiapa sahaja menjadi mangsa pembunuhan, hukumannya (kepada penjenayah) mesti juga gantung sampai mati, setimpal dengan jenayah yang dilakukan dan ia memberi keadilan kepada mangsa serta keluarga,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Putra pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa yang mengatakan bahawa hukuman mati mandatori mungkin dipinda kepada hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan mengedar dadah.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengkaji undang-undang berhubung kesalahan berkaitan dadah kerana ada pihak berpendapat hukuman dikenakan sekarang adalah terlalu keras.

Ibrahim berkata jika hukuman mati mandatori dipinda kepada hukuman penjara seumur hidup, pihaknya bimbang jenayah berkaitan dadah akan meningkat.

Beliau berkata sekiranya hukuman penjara seumur hidup dilaksanakan, kerajaan akan menanggung kos yang lebih tinggi bagi setiap banduan di penjara, termasuk makan dan minum serta perubatan. — BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production