Malaysia Dateline

”Daddy changed the world”

Anak kepada George Floyd, Gianna Floyd menyifatkan kehilangan bapanya telah membuka mata dunia terhadap keganasan polis.

Beliau yang berusia 6 tahun dengan perasaan bangga mengungkapkan ‘daddy changed the world’ di dalam sebuah klip video yang dikongsi oleh bapa saudaranya Chris Stewart melalui ‘instagram story’.

Perkongsian klip video lima saat itu turut mendapat hampir 500,000 tontonan.

Terdahulu, Floyd, 46, meninggal dunia Isnin petang sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa walaupun berulang kali berkata “Tolong, saya tidak boleh bernafas”

Chauvin kemudian ditahan pada awal Jumaat dan didakwa atas kesalahan membunuh.

Floyd, lelaki Afrika-Amerika meninggal dunia selepas pegawai polis berkulit putih melutut di leher Floyd untuk sekurang-kurangnya tujuh minit sambil kedua tangannya bergari dan berbaring di atas jalan.

Video keganasan polis itu dirakam orang ramai yang marah dengan tindakan polis dan cuba untuk mendekati Floyd bagaimanapun dihalang polis malah mereka turut menyaksikan detik-detik kematian Floyd.

Insiden itu menyebabkan rusuhan tercetus di Minneapolis bandar raya terbesar di negeri Minnesota, AS, menyaksikan banyak kerosakan berlaku
.