Daerah Marudi di Miri terus dinaiki air

Daerah Marudi di Miri terus dinaiki air

Keadaan banjir yang melanda Daerah Marudi di Miri hari ini.

Daerah Marudi di Miri dilaporkan terus dinaiki air sedalam satu kaki dari atas permukaan jalan raya sehingga menjejaskan pelbagai aktiviti perniagaan serta pembinaan.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) Mejar Ismail Mahedin, tinjauan daripada Jabatan Penerangan Daerah Marudi sekitar jam 8.30 pagi tadi mendapati paras air semakin naik berbanding semalam.

Katanya, kawasan-kawasan yang berisiko ditenggelami air seperti di Pekan Marudi hari ini terpaksa ditutup ekoran bencana banjir yang sedang melanda di Sarawak.

“Banyak kedai terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pendapatan peniaga serta projek pembinaan bagi Jambatan Marudi, Dataran Marudi manakaka kerja-kerja projek Tebingan Marudi turut ditangguh sementara.

Tambah beliau lagi, stesen minyak Petronas juga berkemungkinan akan ditutup sekiranya paras air semakin naik pada sebelah petang ini.

Ismail menegaskan bencana banjir juga akan menjejaskan persiapan Hari Krismas dan sesi persekolahan tahun hadapan jika terus berlarutan.

“Jika keadaan berterusan banjir,ia akan menjejaskan persiapan dan perayaan Hari Krismas dan sesi persekolahan bermula beberapa minggu lagi,” kata beliau.