Malaysia Dateline

Daftar perkahwinan bagi pastikan status kewarganegaraan anak, kata Mohd Azis

Ibu bapa bertanggungjawab memastikan perkahwinan mereka didaftarkan supaya tidak menjejaskan status kewarganegaraan anak yang dilahirkan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan secara automatik, tetapi berdasarkan status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa semasa kelahiran berlaku.

“Saya menyeru rakyat Malaysia baik lelaki atau perempuan, berani kahwin, berani daftar..berani tanggung. Sebab implikasinya kepada anak itu nanti. Walaupun banyak isu anak lahir dahulu sebelum perkahwinan, kita boleh masukkan permohonan (warganegara) di bawah Perkara 15A (Perlembagaan Persekutuan),” katanya.- BERNAMA