Dah 3 tahun masih tiada pembida, banglo Sajat turun harga lagi, kini jatuh RM4.21 juta

Oleh KIM SYAZIE

Diam tak diam, sudah hampir 3 tahun banglo milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat “terbengkalai” dan tidak terjual.

Menurut laporan, kediaman milik usahawan kontroversi itu kini dilelong sekali lagi dengan harga lebih rendah dari sebelumnya, iaitu RM4.21 juta.

Perkara itu dimaklumkan seorang ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi menerusi hantaran di Facebook, kelmarin.

“Hari itu lelong RM4.68 juta tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong kepada RM4.21 juta,” katanya.

Pada Oktober 2021, rumah Sajat dilelong pada harga RM9.5 juta, namun tiada pembeli.

Sajat kemudian menawarkan harga baharu banglo mewahnya itu iaitu RM7 juta, sebelum diturunkan lagi kepada RM4.68 juta.

Ini merupakan kali ketiga harga banglo yang berkeluasan 11,093 kaki persegi itu diturunkan. Banglo itu mempunyai enam bilik dan tujuh bilik air.

Difahamkan tarikh lelongan seterusnya adalah pada 2 September depan.

Baca juga: “Aku trauma ‘diserang’ suami orang, rupanya bini dia kantoi curang dengan laki aku”