Malaysia Dateline

Dah keluar duit setiap bulan, tapi akhirnya pemilik ambil kereta begitu saja

Mangsa sudah keluar duit setiap bulan bayar ansuran kereta selama setahun. Bayar deposit keluar habis kira-kira RM15,000.

Namun, akhirnya pemilik kereta ambil kereta begitu saja. Inilah bahaya guna nama orang lain walaupun sesama adik beradik dan ipar-duai. Janji lain, sampai masa lain pula.

Ikuti kisah yang dikongsikan oleh ZURA PUTRA ini. Semoga menjadi iktibar:

“Aku akan ingat sampai bila-bila. Puluhan ribu (ringgit) dah habis kereta ni… memang jenis adik-beradik tiada hati perut. Dahlah abang kau tak bagi nafkah anak berapa bulan dah.

Harap kereta ni cari rezeki untuk anak-anak, nak isi perut anak, beli susu pampers. Mak saudara, pak saudara bodoh semua. Tiada hati perut.

Aku pinjam nama je buat keluar kereta ni. Memang tak menang belah aku, sebab kereta nama korang. Tapi korang sesen tak keluar duit dari awal sampai akhir.

Mari mengejut macam ni ambil kereta, tak sempat nak siapkan apa-apa. Aku bayar berpuluh ribu guna duit niaga aku.

Takpe… aku redha. Dulu abang kau khianat aku… Ni adik-beradik dia pula khianat buat keras kepala ambil kereta tak beritahu sepatah pun.

Siap standby cover report polis. Memang betul kau datang ambil kereta ni untuk jual, duit bagi pada aku tapi selepas jual berapa sen je boleh?

Aku akan ingat sampai bila-bila. Aku bayar bulan-bulan jaga nama orang takut blacklist, takut buruk. Ontime aku bayar selama setahun. Deposit keluar habis dekat RM15,000. Ni aku anggap takde rezeki. Tapi hak paling terkilan kau janji lain, sampai masa lain.

Kau janji bagi pinjam nama dua tahun, ni tak sampai setahun kau kacau dah. Ni orang cakap kita buat baik orang balas taik. Jaganya kita nama orang, macam ni orang balas. Sikit pun kau tak fikir pasal anak-anak saudara kau.

Anak-anak saudara sambut mak saudara, pak saudara datang happy… Akhirnya, datang niat macam ni… Nak bagi duit kat anak saudara jauh lagi. Tergamak tengok muka anak-anak saudara tiada rasa kesian langsung.”

Baca juga ‘Sendiri masuk, sendiri tutup, sendiri panik’, percayalah dia insaf sekejap je!

Baca juga Klinik kesihatan terbakar, punca dan kerugian belum dikenalpasti