Pelakon Sharifah Sakinah mengejutkan pengikutnya dan pengguna media sosial apabila berkongsi video mendukung seekor anak anjing di Instagram Story miliknya.
Pelakon itu sebelum ini beberapa kali menarik perhatian ramai dengan perubahan sikapnya yang berlainan selepas bercerai.
Sikapnya membingungkan peminat yang prihatin dengan kesihatan mental pelakon itu.
Bagaimanapun perkongsian terbarunya yang bersahaja memegang anak anjing berwarna putih, mengundang kecaman ramai.

“Sebenarnya awak cabar siapa, netizen atau Allah SWT”. Demikian kata seorang netizen.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Sakinah, pelakon berusia 35 tahun itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung anak anjing itu.
Difahamkan, video itu diambil semasa Sakinah sedang bercuti di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia.
Aksi yang dikongsikan Sakinah atau mesra disapa Kinah itu kemudiannya tular dalam media sosial sehingga mendapat kecaman netizen apabila menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
“Kadang-kadang orang macam ini sengaja mengundang masalah pada diri sendiri. Kemudian kata jadi mangsa keadaan,” tulis seorang lagi netizen.
“Sengaja nak tunjuk diri itu moden,” kata seorang pengikut di portal itu.
Harian Metro cuba mendapatkan Sakinah mengenai tindakannya mendukung anak anjing, namun mesej WhatsApp yang dihantar tiada balasan.
Baca juga: Baru kena dengan tekak Melayu! Ini resipi ‘spaghetti masak lemak cili api udang’