Dah lama tak berlakon, Mak Jah terharu terima bantuan daripada orang ramai

Oleh MAISARAH AISYA

Dapat dilihat pelakon muda zaman sekarang menceburi bidang perniagaan sebagai duit sampingan kerana kerjaya sebagai anak seni tidak kekal selamanya.

Mungkin kerana banyak melihat pelakon veteran yang mengalami kesukaran hidup selepas menjadikan lakonan sebagai satu-satunya kerjaya.

Menurut Harian Metro, pelakon, Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad dedah dirinya pernah terlantar dan tidak boleh berjalan selama tiga bulan.

Ia adalah disebabkan penyakit radang tulang dan radang saraf yang sudah lama dihidapinya serta menyebabkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

“Alhamdulillah, sekarang saya masih dalam proses rawatan dan pemulihan daripada penyakit radang tulang dan saraf yang dihidapi sudah lama, namun sakit teruk sampai tidak boleh berjalan selama tiga bulan.

“Jadi, memang dah lama juga saya tak berlakon kerana faktor kesihatan diri. Tawaran berlakon masih ada diterima, tetapi saya terpaksa tolak saja semuanya kerana tidak mahu susahkan pekerja produksi,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Tambahnya dia juga bersyukur duit sumbangan ramai diterima dan memang digunakan sepenuhnya untuk rawatan kesihatan diri.

Pada masa sama, ibu kepada tiga anak ini juga baru menjalani pembedahan membuang katarak mata sebelah kanan.

Mak Jah kini sudah tidak lagi aktif berlakon selepas 2016 kerana faktor kesihatan.

DIa juga meluahkan rasa syukur atas pemberian kerusi roda eletrik oleh pelakon Datuk Rosyam Nor yang turut berniat menyumbang RM500 sebulan kepadanya.

Baca juga: Pelanggan terkejut restoran di Langkawi caj RM5 untuk air kosong, restoran mohon maaf kerana kecuaian pekerja