Dah lama tak nampak syiling emas 1 ringgit, warganet terkejut lihat pembersih duit syiling guna duit ‘rare’

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu syiling emas satu Ringgit ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2005.

Maka tidak terkejutlah jika rakyat Malaysia menyerbu akaun Tiktok yang sering membersihkan syiling lama untuk jadi seperti baru semula.

Akaun TikTok @iconiccoins sering berkongsi bagaimana dia membersihkan duit syiling dan pengikutnya sering meminta duit syiling Malaysia.

Maka satu video dimuat naik, tetapi yang menariknya adalah syiling digunakan tersebut sudah ditarik balik olah BNM pada tahun 2005.

Rata-rata pengguna mempersoal dimanakah dia mendapatkan duit syiling emas tersebut kerana ia sudah dikira barang antik malah harganya di pasaran juga mahal.

Syiling emas satu ringgit selepas dibersihkan

“Awak ada duit syiling yang paling rare (jarang ditemui),” kata pengguna @urmom.

“Dimana anda ambil syiling tersebut, itu antara syiling paling rare di Malaysia,” tambah Inu.

Agaknya pemilik video tersebut adalah pengumpul duit syiling kerana mana mungkin dia senang mendapatkan wang yang sudah tidak boleh digunakan.

Baca juga: Akaun Instagram hampir digodam, Noorkhiriah muat naik gambar jenazah