Malaysia Dateline

‘Dah macam Belalang nasihatkan bapak dia’ – Aksi si abang nasihat adiknya raih pujian

Rakaman video si abang sedang menasihatkan adiknya raih pujian orang ramai selain mengingatkan pada intonasi watak Belalang dalam filem popular P. Ramlee.

Menerusi video yang mendapat tontonan tinggi itu, si adik mulanya mahu marah kerana disuruh kemas rumah ketika dia sedang asyik menulis.

Walau bagaimanapun, nasihat abangnya termasuk menyebut tentang syurga di bawah tapak kaki ibu telah mendapat pujian warga maya.

Dalam masa sama, reaksi spontan adiknya selepas kena tazkirah itu yang menyebut, “okey” juga dianggap mencerminkan didikan baik ibu bapa kedua-dua adik-beradik itu.

“Adiknya pun bagus. Tak melawan akur dengan abangnya.

“Hebat anak ini. Pasti dia memiliki ibu bapa yang berhemah tinggi dalam membesarkan anak-anak.

“Banyak kali ulang tengok. Comel je abang nasihat adik. Adik pula macam mudah cool bila abang nasihat,” demikian antara komentar netizen yang rata-ratanya bernada positif.

Baca juga Lagi kes pegawai kanan kerajaan rasuah: Perolehan kenderaan RM290,000 – ‘Datuk’ direman 4 hari

Baca juga Padah tak dengar cakap doktor, wanita maut tercekik gigi palsu