Kalau makan di hotel lima bintang mungkinlah faham jika bajet hampir RM2,000 sekalipun, duduk pun dalam keadaan selesa, servis pun tiptop.
Tapi kedai restoran biasa pun nak caj mahal, malah sanggup tak letak harga pada menu supaya senang nak perdaya pelanggan lain.
Itulah terjadi kepada seorang pelanggan di Indonesia apabila terpaksa membayar 5.249 juta rupiah (RM1,695.90) untuk hidangan makanan biasa.
Gambar resit tersebut dimuat naik oleh akaun TikTok, @kokorakuss yang hingga kini mendapat jumlah tontonan lebih 1.5 juta.
Lebih mengejutkan nasi goreng ikan masin dijual pada harga 639 ribu rupiah (RM187.40).
Malah Fuyunghai atau telur yang didadar dengan campuran berupa sayuran, daging, atau makanan laut itu dicaj sebanyak 799.9 ribu rupiah (RM234.63).
Rata-rata pelanggan meninggalkan ulasan yang tidak berpuas hati degan harga tidak masuk akal.
Rupanya restoran tersebut sengaja tidak meletakkan harga malah resit juga ditulis dengan tangan sahaja.
“Tak berbaloi, pesan nasi goreng biasa, tauhu dan sayurang pun cecah 970 ribu rupiah (RM284.83).
“Lagi satu mereka tak tunjuk harga pada menu dan bil ditulis secara tangan sahaja. Jadi senang mereka nak tulis harga ikut suka mereka,” ulasan satu pelanggan.
“Mahal, udang 400 gram hampir 500 ribu rupiah (RM146.81). Sayur tumis bawang pun 300 ribu rupiah (RM88.09). Baik makan kat restoran lima bintang,” ujar ulasan lain.
Pengguna tersebut turut menasihatkan orang ramai untuk membaca ulasan kedai sebelum pergi makan agar tak tertipu.
Baca juga: Ini baru betul rezeki datang bergolek! Penoreh getah menggeletar diumum menang RM1 juta