Sedar tak sedar kita dah berada di fasa kedua bulan Ramadan, ramai tak tahu apa keistimewaan 10 hari kedua dalam bulan mulia ini.
Umum tahu bulan Ramadan ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu sepuluh hari pertama rahmat, sepuluh hari kedua adalah keampunan, dan sepuluh hari ketiga adalah terbebas dari api neraka.
Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang berbunyi:
“Awal bulan Ramadan adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, sedangkan akhirnya adalah terbebas dari neraka.” (HR. Al-Baihaqi).
Ini antara lima keistimewaan fasa kedua menurut portal berita CNN Indonesia.
1. Diampuni dosa
Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa fasa kedua Ramadhan adalah maghfiroh atau keampunan.
Oleh kerana itu, Allah mengampuni dosa-dosa hamba-Nya yang telah lalu di sepuluh hari kedua Ramadhan.
“Siapa yang puasa Ramadan dengan iman dan pengharapan, telah diampuni dosanya yang telah lalu. Dan siapa yang bangun malam Qadar dengan iman dan ihtisab, telah diampuni dosanya yang telah lalu,” (HR. Bukhari Muslim)
2. Wujud istiqamah
Mampu menjalankan ibadah pada sepuluh hari kedua Ramadhan merupakan sebuah kenikmatan iman dari Allah SWT. Pasalnya, tidak semua orang mampu melakukannya.
Wujud dari orang yang mempunyai keistiqamahan adalah mereka yang tetap menjalani ibadah puasa Ramadan secara lengkap dalam sepuluh hari kedua bulan Ramadan.
3. Pahala dilipatgandakan
Salah satu keistimewaan 10 hari kedua bulan Ramadhan adalah pahala dilipatgandakan.
Ibadah yang dilakukan oleh setiap muslim yang berpuasa tidak kiralah bersolat, baca Al-Quran bersedekah akan dilipatgandakan.
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah SWT berfirman (yang artinya)
“Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku,” (HR. Muslim).
4. Dibukanya pintu syurga
Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika telah datang bulan Ramadan maka pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan-syaitan akan dibelenggu dengan rantai,” (HR. Bukhari dan Muslim).
5. Dikabulkannya doa
Fasa kedua atau fasa 10 hari kedua Ramadhan inilah Allah membukakan pintu magfirah atau kemaafan yang seluas-luasnya.
Oleh karena itu, jangan sampai kita melewatkan hari-hari penuh ampunan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan sia-sia.
Pada waktu-waktu inilah saat yang paling tepat untuk memperbanyak doa serta memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan di masa lalu agar diampuni dan dibebaskan dari hukuman.
Perbanyaklah melakukan solat malam, berdoa, tilawah Al-Quran, dan berzikir kerana pada 10 hari kedua Ramadhan ini merupakan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengurangi dosa-dosa yang telah kita buat.
Baca juga: Solat tarawih di negara ini baca 30 juzuk al-Quran setiap hari, mula 7 malam habis pukul 3 pagi