Dah masuk duit tapi kain masih basah? Pemuda ini kongsi cara betul guna dryer 

Oleh WAN SITI AMINAH

Kain masih basah selepas menggunakan mesin pengering adalah kejadian yang biasa dialami oleh pengguna dobi layan diri.

Tidak lagi membazir wang dan juga masa, seorang pemuda tampil berkongsi cara yang betul untuk menggunakan mesin pengering.

Jangan terus mencampak kain di dalam mesin, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dikuti sebelum masukkan koin syiling.

1. Perah dan kibas kain terlebih dahulu bagi memastikan tiada lagi sisa air dan baju dapat mengembang serta tidak berpuntal-puntal di dalam mesin pengering.

2. Masukkan kain ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dalam keadaan kembang. Sila susun secara berlapis.


3. Cara ini mewujudkan ruang di antara kain agar ia dapat berpusing dalam mesin dengan baik dan menyempurnakan proses pengeringan.

4. Selain mencepatkan proses, wang dan masa juga dapat dijimatkan kerana kain boleh kering dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja (sebakul penuh).

5. Tidak hanya itu sahaja, kain juga tidak akan berkedut dan mudah untuk dilipat sebaik sahaja dikeluarkan dari mesin pengering.

Baca juga: Terima duit raya RM5 daripada pelajar, nota kecilnya buat guru sebak