Menerima nafkah melebihi RM500,000 sebulan mungkin menjadi impian semua gadis di seluruh muka bumi ini.
Siapa sangka, impian itu telah menjadi kenyataan buat seorang gadis jelita yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.
Bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik mewah, hidup Georgina Rodriguez berubah 360 darjah setelah bertemu dengan Cristiano Ronaldo.
Bertentang mata buat kali pertama di butik itu, Georgina dan bintang bola sepak antarabangsa tersebut mengaku telah jatuh cinta pandang pertama.
Semenjak kejadian itu, mereka berdua hidup bersama seperti pasangan suami isteri walaupun belum mendirikan rumah tangga.
Terbaharu, timbul satu dakwaan bahawa Ronaldo telah menandatangani satu perjanjian yang mengejutkan baru-baru ini.
Perjanjian ‘pra-perkahwinan’ itu dipercayai dibuat demi menjamin masa depan Georgina terutamanya dari segi kewangan.
Menurut perjanjian itu, Georgina bakal menerima £86,000 atau RM500,738 setiap sebulan sekiranya mereka berpisah suatu hari nanti.
Dakwaan mengenai perjanjian tersebut mulai tersebar setelah timbul khabar angin bahawa pasangan itu bakal berpisah tidak lama lagi.
Berkongsi empat cahaya mata bersama, khabar perpisahan itu telah disangkal sendiri oleh ibu Ronaldo, Maria Dolores dos Santos Aveiro.
Baca juga: Pelajar pergi sekolah naik helikopter mendarat di Shah Alam, “bapa dia kerja apa weh?”