Seorang pengguna TikTok berkongsi cara baharu untuk menyiang ikan sepantas 5 saat tanpa perlu membelah perut ikan.
Kedengaran agak aneh, tetapi cara ini lebih praktikal kerana menjimatkan masa dan dapur anda juga tidak berkecah dengan darah ikan yang mengotori papan pemotong.
Bahan yang diperlukan adalah chopstick atau pengepit makanan dan berus gigi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Syifa Jamil di TikTok, dia berkata jika membersihkan isi perut ikan menggunakan penyepit, perut ikan akan kelihatan masih lagi solid, dan tidak lembik.
Senang cerita, memang cantik kejadiannya kalau siang ikan guna penyepit atau chopstick ini. Mari kita lihat bagaimana caranya di bawah ini.
Yang pertama, masukkan kedua-dua chopstick ke dalam mulut ikan.
Kemudian pusingkan chopstick tersebut supaya isi ikan terlekat dan memudahkan untuk ditarik keluar.
Pastikan tiada satu pun semua isi yang kotor itu tertinggal di dalam perut ikan.
Periksa ikan untuk melihat ia bersih dari segala isi.
Seterusnya, ambil berus gigi dan cuci perut ikan itu.
Sekiranya tidak pasti sama ada ia bersih atau tidak, boleh gunting atau guna pisau untuk potong bahagian sisi ikan untuk melihat perutnya.
Memang sudah terbukti, cara ini sangat mudah dan paling senang untuk mencuci ikan. Bukan sahaja cepat tetapi perut ikan juga bersih.
Baca juga: Basuh tangan guna air sirap kenduri rupanya haram, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus