Dahlah tiada adab, postur badan tidak betul seperti tabiat meletakkan kaki di papan pemuka atau dashboard kenderaan juga berbahaya kerana ledakan beg udara ibarat “bom mini” yang boleh mematahkan kaki.
Bukti tragedi patah riuk serta kemungkinan tinggi cacat seumur hidup akibat kaki bertemu dengan kepala itu juga dikongsikan warganet.
“Pernah sekali ambulans call. Kemalangan di Plus. Lori ikan rempuh lori kontena. Kelindan lori ikan, kakinya bertemu dengan kepala.
“Tidur dalam keadaan kaki di dashboard lori. Patah riuk,” kata Muhammad Daniel.
Risiko cedera parah bahkan lumpuh akibat tulang pinggul patah dan terkeluar dari soket impak hentaman beg udara yang menolak kaki terus mengepit ke muka juga ada digambarkan dalam drama bersiri perubatan Amerika Syarikat (AS), Grey’s Anatomy.
“Pernah tengok dalam Grey’s Anatomy, wanita hamil letak kaki di dashboard begitu. Tiba-tiba kemalangan sampai mati si ibu dan kandungannya itu.
“Lepas pada itu, memang saya takut nak letak kaki macam tu,” kata Intan Shafina Omar.
Selain itu, ibu bapa yang gemar memegang bayi di tempat duduk depan juga dinasihatkan supaya menempatkan anak dalam kerusi bayi demi keselamatan cahaya mata masing-masing.
“Ada kes dah pun budak mati sebab beg udara tapi orang kita ramai bukan nak sedar. Dah tahu ada anak, belilah kerusi bayi tu,” kata netizen.
Dalam masa sama, bagi orang Islam terutamanya ada cara berkesan untuk mengelak tabiat berterusan meletakkan kaki di papan pemuka seperti dikongsikan Eliza Jasmin Azman ini.
“Dulu suka duduk macam takde adab ni. Memang best tapi sejak ada tersimpan surah Yassin dalam dashboard tu, saya jadi sedar dan duduk sopan-sopan,” kongsinya.
Pesan nenek moyang kita dahulu supaya melentur buluh biarlah daripada rebung juga relevan dalam mencegah risiko kemalangan ngeri akibat tabiat buruk lagi berisiko tinggi ini.
“Sayang anak ada caranya, jangan terlalu ikut kehendak mereka yang masih kecil dan perlu dibentuk agar lebih sopan,” nasihat Azmi Ismail pula.
Baca juga Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet
Baca juga Bunuh dan masak kucing bunting, lelaki bagi alasan terlalu lapar