Daim jumpa Hadi di Terengganu

Daim jumpa Hadi di Terengganu
Gambar yang dikongsikan Abdul Hadimenerusi twitter.

Penasihat tertinggi kerajaan Tun Daim Zainuddin bertemu dengan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang semalam semasa lawatan ke Terengganu.

Daim,, turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Banyak kisah dan cerita yang dikongsikan bersama dengan penuh kemesraan.

“Semoga Tun sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati oleh Allah,” kata Hadi menerusi Twitter yang turut memuat naik gambar pertemuan tersebut.

Daim adalah menteri kewangan ketika Hadi menjadi menteri besar Terengganu pada 1999, selepas pilihan raya umum menguatkan Pas di pantai timur.

Kerajaan PasTerengganu pada masa itu menyaman kerajaan persekutuan dan firma minyak negara, Petronas kerana tidak membayar royalti minyak milik kerajaan negeri. Putrajaya kemudiannya membayar wang tersebut melalui agensinya sebagai “wang ehsan”.

Pas mengekalkan negeri itu selama sepenggal sebelum dirampas balik oleh Barisan Nasional.

Awal bulan ini, Terengganu berkata ia menerima bayaran royalti minyak sebanyak RM1 bilion dari Putrajaya tahun lepas.