Malaysia Dateline

Daim sebagai ‘utusan khas’ tidak salah wakili kerajaan, kata Saifuddin

Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah

“Pada pandangan saya, tidak ada salahnya menghantar utusan khas.Dalam konteks ini, Tun Daim dihantar ke China dengan rujukan khusus dan dia (secara langsung) melaporkan kepada Perdana Menteri,” kata Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Luar Negeri itu menjawab,dakwaan mengenai kuasa melantik Daim ke China bagi mewakili kerajaan Malaysia ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum lawatan Daim ke China, ujarnya lagi,  Wisma Putra telah mengadakan pertemuan dengan Daim dan juga telah berkongsi laporan kunjungannya ke China dengan Kementerian Luar Negeri.

“Seperti yang saya katakan, Daim melaporkan terus kepada Perdana Menteri. Kami akan menunggu perkembangan terkini.

“Apa yang penting adalah hubungan antara kedua-dua negara, kita mahu terus memupuk ikatan hubungan yang baik,mungkin, kita mahu mengeratkan hubungan dengan China,” katanya.

Ketika diajukan pertanyaan atas alasan apa Daim dihantar bukannya pegawai dari Kementerian Luar Negeri, Saifuddin berkata terdapat banyak cara untuk menangani “rakan negara asing.” jawabnya.

“Kadang-kadang, kita menghantar Menteri Luar Negeri, kadang-kadang kita kirim Menteri Kewangan, kadang-kadang Menteri Menteri Ekonomi, jadi itu bergantung pada situasi.

“Ia adalah kes demi kes,” ujarnya seperti dilapor Staronline.

Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Mallis Penasihat Ekonomi (CEP).

Dipimpin oleh bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, CEP juga dianggotai bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican, ahli ekonomi terkenal Prof Jomo Kwame Sundaram dan ahli perniagaan Robert Kuok.