Penghantar makanan (rider) yang mendakwa ‘disembelih’ oleh syarikat pengendali merancang akan mengadakan mogok pada hari ini justeru perkhidmatan penghantar makanan bakal mengalami gangguan selama 24 jam.
Rancangan mogok didakwa dari rangkaian syarikat pengendali terkemuka itu kerana tidak berpuas hati dengan kadar upah serta tambang yang tidak setimpal.
Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor mengesahkan rancangan itu yang menunjukkan solidariti rider terhadap isu berbangkit yang masih tiada penyelesaian.
“Ia termasuk isu kadar upah yang tidak tetap dan dimanipulasi syarikat serta isu tambang yang tidak setimpal dengan aplikasi yang menekan penghantar p-hailing.
“Mungkin dengan cara ini (mogok) ia boleh memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan,” katanya.
Difahamkan mogok itu sudah dirancang sejak dua ke tiga minggu lalu, dan menjangkakan hampir semua rider akan mengambil turut serta.
“Mungkin dengan cara ini (mogok) ia boleh memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan,” kata beliau.
Sementara itu sebagai menzahirkan solidariti kepada rider Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli meminta oranh ramai memberi ‘rating’ 1 bintang untuk aplikasi Grab & Foodpanda di Play Store atau App Store.
“Bermula 12 AM sehingga 12 AM esok (24h), jangan buat pesanan,” tulis Adam Adli.
Baginya, kadar bayaran yang makin menurun, dengan bonus yang ditarik, tidak setimpal kerja dan risiko yang ditanggung.
Apatah lagi katanya, tiada perlindungan keselamatan yang menyeluruh, dengan caruman tahunan SOCSO yang ditanggung sendiri, bukan oleh syarikat.
“Perlindungan hak dan undang-undang yang tidak jelas, jauh sekali di bawah Akta Kerja 1955. Ini terkait tafsiran adakah mereka ini dianggap pekerja atau bekerja sendiri; walaupun jelas diikat dan tertakluk amalan ‘master and servant’s secara praktik.
“Maka teman-teman yang bekerja sebagai rider atau penghantar ini mahukan penyelesaian terhadap nasib dan hak mereka.
“Mereka tak minta banyak. Teman-teman rider hanya mohon sokongan kita dalam perjuangan menuntut hak mereka,” katanya.
Baca juga: Elak fitnah dan auta, lebih baik Hadi Awang tumpu dakwah dan agama
Baca juga: Macam mana dengan nasib ejen, stokis? Ejen bengang lepas Neelofa umum HQ jual inai dekat Shoppee