Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dakwaan 100,000 pekerja terjejas akibat COVID-19 bersifat andaian,kata Mahfuz

Dakwaan 100,000 pekerja terjejas akibat COVID-19 bersifat andaian,kata Mahfuz

BernamaFebruary 20, 2020 7:48 am




Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan bahawa hampir 100,000 rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan jika jangkitan COVID-19 berterusan sehingga penghujung tahun ini, hanya bersifat andaian.

Bagi menangani kesan akibat penularan kluster penyakit itu terhadap pekerjaan dalam sektor tertentu seperti pelancongan, beliau berkata kementerian sedang mengumpul maklumat mengenainya.

“Ia masih bersifat andaian.  Hanya selepas pihak kesatuan sekerja dapat memberikan maklumat penuh melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso, kita akan dapat mengetahui berapa jumlah sebenar mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Bertemu Pelanggan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) pada Rabu.

Semalam, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan dilaporkan berkata hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika COVID-19 berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Mengenai pekerja dalam sektor pelancongan yang terjejas berikutan COVID-19, Mahfuz berkata kementerian akan membantu mereka mencari peluang pekerjaan lain di luar bidang pelancongan.

“Semalam, kami didatangi oleh pemandu-pemandu bas pelancongan yang mengendalikan pelancong dari China yang mengadu mereka kini tiada pekerjaan dan pendapatan.

“Walaupun mereka tidak diberhentikan oleh majikan, tetapi kerana ketiadaan pelancong mereka tidak menerima bayaran daripada majikan,” katanya.

Beliau berkata kementerian akan meneliti status pekerja terlibat selepas JTK mengadakan perbincangan dengan majikan untuk melihat perjanjian semasa mereka diambil kerja.

Selain itu, pada majlis sama, Mahfuz turut memaklumkan KWPSM bakal memperkenalkan Hab Pembelajaran dan Latihan KWPSM, sebuah pasaran dalam talian bagi syarikat membuat pilihan mengenai program latihan pekerja bersesuaian keperluan syarikat mereka.

— BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production