Malaysia Dateline

Dakwaan 21 IPG ditutup: Pas gesa KPM jawab pendedahan BH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa segera menjelaskan status dan perkembangan sebenar berkenaan cadangan penutupan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. berkata, pendedahan yang dilakukan oleh Akhbar Berita Harian (BH) hari ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri mengenainya.

Beliau menyifatkan penutupan tersebut sekiranya diteruskan adalah tidak wajar dan merupakan tindakan regresif.

“Dijelaskan bahawa 10 daripadanya akan dijadikan pusat latihan dalam perkhidmatan dan ‘co-exist’ dengan Kolej Vokasional dan Politeknik manakala 11 lagi akan dijadikan Institut Latihan Awam atau untuk tujuan lain.

“Berbaki hanya 6 IPG sahaja yang dikekalkan fungsi asalnya untuk melatih bakal guru sekolah rendah yang dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

“Penutupan ini sekiranya diteruskan adalah amat tidak wajar dan merupakan tindakan regresif memandangkan institusi ini yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan telah dinaik taraf sejak 2005/2006 dan bermulanya Program Pensiswazahan Guru di IPG,” katanya.

Menerusi kenyataannya itu, beliau meminta kerajaan menjelaskan pendedahan berkenaan yang melibatkan masa depan sektor pendidikan negara dan penyertaan generasi muda terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu sebagai guru sekolah.