Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dakwaan beberapa ahli PKR, AMANAH, GPS sokong pakatan baharu tidak benar

Dakwaan beberapa ahli PKR, AMANAH, GPS sokong pakatan baharu tidak benar

Oleh BERNAMAFebruary 8, 2020 6:09 pm




Dakwaan bahawa terdapat beberapa Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyokong pakatan baharu Muafakat Nasional yang digerakkan pembangkang, adalah tidak berasas.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu merupakan strategi propaganda yang sengaja dijaja pembangkang.

“Itu perkiraan daripada usaha beberapa tokoh pembangkang…dia kata enam daripada AMANAH dan apabila kita periksa, tak betul…jadi ada usaha penipuan dalam langkah perang psikologi mereka. Ada 15 daripada PKR, tak betul dan saya periksa sendiri…yang pastinya jumlah itu terlalu ekstrem dan berlebih-lebih, tidak benar.

“Jadi perkiraan itu meleset dan mereka (pembangkang) kaitkan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), kaitkan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir dan ini tidak baik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dakwaan berkenaan kata Anwar, turut menyatakan bahawa 18 ahli Parlimen GPS turut sama menyokong pakatan baharu.

Mengenai Muafakat Nasional, Anwar yang juga Presiden PKR turut mempersoalkan mengenai keperluannya memandangkan pembangkang khususnya Umno telahpun diberikan mandat selama 62 tahun mentadbir negara.

“Saya tiada halangan..tetapi masalah dia, untuk apa? dia (pembangkang) kata untuk menyelamatkan Melayu. Dia dah diberikan mandat selama 62 tahun dan keduanya dia ditaja oleh beberapa orang yang (sedang) menghadapi kes-kes serius di mahkamah soal rasuah.

“Jadi patut dia hadapi itu dahululah. Janganlah anggap dia nampak baik, hal ini ditutup dan diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menghadiri majlis ramah mesra bersama Pro Reformis 98 yang turut dihadiri Pengerusi PKR Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production