Dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika terhadap 1MDB, Najib perlu kosongkan kerusi PM

Dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika terhadap 1MDB, Najib perlu kosongkan kerusi PM

Datuk Seri Najib Razak perlu mengosongkan jawatan sebagai perdana menteri segera dan negara menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB.

Datuk Seri Najib Razak perlu mengosongkan jawatan sebagai perdana menteri segera dan negara menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB.

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, ini adalah jalan terbaik untuk kepentingan negara, maruah Najib selaku insan dan hak setiap warga negara Malaysia.

“(Kerajaan perlu) menubuhkan suruhanjaya bebas di mana anggotanya tidak ditentukan oleh YAB dan mengemablikan semua wang dan aset yang terlibat dengan 1MDB serta meminta maaf dari seluruh rakyat,” kata Adun Salor, Kelantan itu.

Bagi Husam, kenyataan oleh Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch, Penolong Peguam Negara bahagian jenayah, Leslie Caldwell, Pendakwa Amerika untuk daerah pusat Keefe, Ilene Decker dan Andrew Mc Cabe serta Ketua Jabatan Siasatan Hasil Dalam Negeri. Mr Webber awal malam tadi amat mengejutkan.

“YAB telah dirujuk sebagai Malaysia Official 1 di dalam dokumen berkaitan yang difailkan,” kata Husam dalam kenyataan itu.

Pegawai Amerika juga menggunakan perkataan ‘A close relative of a senior 1MDB official’ sebagai antara penerima faedah dari penyelewengan ini, kata Husam.

Sementara itu, 1MDB dalam kenyataan berkata,  1MDB bukan pihak terlibat dalam saman sivil itu. 

Mereka juga tidak mempunyai sebarang aset di Amerika dan tidak juga mendapat apa-apa faedah dari pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman itu.

“Lagi pun, 1MDB tidak tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika atau agen-agen asing berkaitan dengan penyiasatan mereka,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataannya pagi ini.

 

TAGS