Dakwaan KPM diskriminasi MP pembangkang dihalang masuk sekolah tidak wajar, kata Hanipa

Dakwaan KPM diskriminasi MP pembangkang dihalang masuk sekolah tidak wajar, kata Hanipa

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata tidak wajar wujud  dakwaan diskriminasi terhadap mana-mana ahli parlimen pembangkang dihalang masuk ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata, ketika Pakatan Harapan sebagai pembangkang berlaku diskirminasi terhadap wakil rakyat pembangkang ketika zaman BN memerintah.

Bagaimanapun hari ini diskriminasi itu tidak sepatutnya berlaku setelah Pakatan Harapan menerajui negara.

“Saya sendiri pernah alami perkara seperti itu beberapa kali semasa menjadi ahli parlimen pembangkang dahulu. Kini, bila berada diKerajaan, saya nampak jelas perubahan sikap sekolah Kerajaan kepada kami.

“Saya juga tegaskan ,di era PH ini , pihak sekolah tidak harus menyekat mana-mana pihak yang tidak setuju atau tidak bersama atau tidak sependapat dengan Kerajaan dari memasuki sekolah melainkan wujudnya suatu alasan yang amat kuat dan munasabah bagi perkara tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program Orientasi Pelajar Tahun Satu di SK Jenderam Hilir, semalam.

Hanipa mengulas dakwaan Ahli Parlimen Jerai Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jami Khir Baharom ketika membahaskan Belanjawan 2019, mendakwa berlaku diskriminasi ke atas beliau dimana sebagai Ahli Parlimen beliau disekat dari massuk ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Jamil mempersoalkan dimanakah reformasi institusi yang akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Hanipa yang juga Timbalan Menteri (Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri berkata, jika dakwaan dibuat Jamil Khir itu betul, amat malam sekali dan ia tidak wajar sama sekali berlalu di era kerajaan PH.

“Ya, ia pernah dan agak kerap berlaku ke atas para ahli parlimen pembangkang seperti kami semasa rejim BN berkuasa dahulu.

“Andaikata dakwaan itu benar , saya rasa , ianya amat tidak betul dan jelas bercanggah dengn prinsip dan roh kesamarataan di sisi undang-undang ( equality before the law ) di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Hanipa berkata, isu yang dibangkitkan Jamil Khir itu harus dijawab oleh Kementerian Pendidikan.

“Apapun, dalam isu yang YB Jerai bangkitkan itu, sama-sama lah kita menunggu jawapan rasmi dari Kementerian Pendidikan semasa sesi penggulungan bermula Isnin dan Rabu ini,” ujarnya.