Malaysia Dateline

Dakwaan laksana semula PKP adalah palsu, kata MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kenyataan yang tular di media sosial baru-baru ini yang mendakwa kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), agensi berkenaan menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu.

Kementerian juga menasihati orang ramai agar berhenti daripada berkongsi berita yang tidak ditentusahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Semalam tersebar apa yang dinamakan sebagai cabutan minit mesyuarat MKN yang membuat keputusan untuk mengadakan PKP semula di negeri-negeri tertentu yang berzon merah.

Antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lagi.