Malaysia Dateline

Dakwaan MB Kedah langgar SOP: ‘Takkan lapik perut ke KL makan ais krim, kopi?’

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah:

“MB singgah di Juru sebab nak beli makanan sebelum masuk highway. R&R (hentian rehat dan rawat) tutup. Beli siap-siap bekal untuk makan dalam perjalanan. Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru tu dekat dengan showroom kereta Ford. ”

Saya semak Google Street view, ada tiga restoran berdekatan dengan jarak berikut ke pusat pameran dan jualan (showroom) Ford:

1. Coffee Bean (kedai kopi, kek, pastris) – 50 meter
2. Hagen Daz (kedai aiskrim) – 136 meter
3. Pelita ( restoran mamak) – 142 meter

Saya berpendapat, melainkan dinafikan, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor membeli makanan di Restoran Pelita.

Takkanlah nak lapik perut perjalanan berjam-jam ke KL cuma makan ais krim atau kopi, ye dak?

Jarak Restoran Pelita lebih kurang 142 meter dari bilik pameran Ford tersebut mengikut Google Earth.

Nak tanya Setpol MB Kedah, 142 meter tu dekat ka? Kena seberang jalan besar lagi tu. Kalau dekat kedai sebelah tu jenguk bolehlah terima lagi.

Mengenai dakwaan tukang post, beliau tidak takut kerana yakin ada kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan kejadian, saya semak juga di bangunan terbabit.

Ada dua kelibat CCTV menghala ke depan yang berkemungkinan merakamkan apa yang berlaku semalam. Satu di lot Ford, satu lagi di lot Harley Davidson.

Harap CCTV itu rakaman video HD dan ada audio juga. Kalau tidak susah, nanti tidak dapat cam dan kes terus tutup pula. – Facebook Muhamad Harris Nasril