Dakwaan Pas umat Islam munafik sekiranya menentang Zakir Naik adalah mengarut, kata Mohamed Hanipa

Dakwaan Pas umat Islam munafik sekiranya menentang Zakir Naik adalah mengarut, kata Mohamed Hanipa

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin hari ini menempelak pemimpin Pas yang menghukum umat Islam sebagai munafik sekiranya mahu kerajaan bertindak menghalau keluar pendakwah Dr Zakir Naik dari negara ini.

Mohamed Hanipa berkata, tuduhan dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai mengarut.

“Amat keras tuduhan tersebut. Tapi, maaf jika saya kata, dalam masa yang sama tuduhan itu juga amat mengarut dari seorang yang, bagi saya, berfikir dengan pemikiran yang berserabut. Pemikiran berserabut melahirkan idea mengarut.

“Ia juga menggambarkan mentaliti yang amat bahaya yang amat mudah menghukum seseorang.Jika kita mengkaji gejala atau sindrom extremism ( ghuluw/melampau) maaf, ia memang bermula dari pemikiran seperti itu.

“Dan pemikiran seperti itu, secara relatif , amat mudah menaikan sentimen dan emosi sekaligus amat mudah mengenepikan hujah ilmu pengetahuan dan akal,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi semalam, dalam ruangan Minda Presiden Pas yang dipetik berkata, terdapat beberapa individu daripada kalangan penganut Islam memperkecilkan isu Dr. Zakir Naik tanpa pengetahuan yang sebenar dan bukan ahli dalam ilmu perbandingan agama.

Hanya orang Islam yang munafik sahaja atau imannya berpenyakit atau hilangnya kemanisan iman di dalam diri, sehingga menjadi laksana orang yang tidak kenal lampu isyarat merah dan hijau..jadi jangan langar lampu merah, kata Abdul Hadi.

Malah Mohamed Hanipa turut berhujah, kenyataan Abdul Hadi dengan mengambil petikan ayat Al-Quran dan Hadis atas nama persaudaraan Islam Pas dilihat telah mengambil sikap yang pro kepada Dr Zakir.

Namun kata Timbalan Menteri Undang-undang ini lagi, beliau pelik dan hairan mengapa Pas yang lantang membela Dr Zakir tidak menghukum partinya sendiri yang kini bersekongkol dengan Umno.

“Saya akui “hujah” atau “umpan” pemimpin ini, secara relatif, lebih mudah dimakan oleh ramai orang Islam apatah lagi hujah itu disaluti dengan pelbagai nas naqli.

“Saya tidak bercadang untuk berentap dengan “hujah” itu. Saya akui saya mungkin tidak sehebat beliau. After all, i am not ulama’. I am just a jebon, dari pandangan mereka. Tapi insyaAllah saya juga bukan muslim yang tidak bersedia menggunakan akal yang Allah kurniakan bagi menganalisa sesuatu hujah.

“Saya akui hujah “persaudaraan Islam mengatasi kerakyatan” amat menarik dan agak “persuasive” tapi, dalam masa yang sama, bagi saya, maaf, tidak bermerit, let alone tuntas. Ia mengandungi banyak keretakan atau “flaws” di sana sini yang mungkin gagal disedari melainkan jika mereka amat peka dan teliti.

“Ya, Islam amat menekankan isu persaudaraan ( ukhuwah ). I have no issue dalam perkara itu. Tetapi, secara jujur , saya ingin bertanya : ” adakah persaudaraan itu tanpa bersyarat dan tanpa sempadan tertentu”?

“Adakah hujah persaudaraan Islam misalnya hingga menjustifikasi umat Islam untuk secara mudah melanggar any perjanjian /covenant? Atau melanggar sebarang piagam atau norma norma dan undang undang antarabangsa yang didasari oleh ruh diplomasi atau ruh mematuhi perjanjian ( eg pacta sunt servanda ) atau dan ruh/prinsip tidak campurtangan ( a non inteference) yang telah disepakati oleh komuniti antarabangsa ( global community) ?

“Saya ingin bertanya secara jujur ” jika benar persaudaraan Islam menjadi asas dalam segala secara mutlak , mengapakah dalam “Sulh al-Hudaibiyyah” antara Nabi s. a.w. dan kaum musyrikin Mekah, Nabi saw tetap “faithfully” mematuhi terma terma perjanjian meskipun ia mengakibatkan seorang muslim yang ditawan kaum musyrikin Mekah tidak dapat ikut kembali bersama rombongan Nabi saw pulang ke Al-Madinah dan dibiarkan sahaja bersama musuh Islam dari bersama Nabi saw? Adakah kita berani menyatakan Rasulullah saw tidak peduli soal persaudaraan Islam?

“Bukankah ini menunjukkan pematuhan kepada perjanjian meskipun bersama non muslim adalah suatu yang dianjurkan dan “sacred” dalam Islam dan it transcend the notion of brotherhood?

“Maaf YB Marang, I am not convinced at all with your argument. To conclude, saya teringat kata-kata Sheikh Hamzah Yusuf dalam satu syarahan beliau tentang para sahabat yang mempersoalkan arahan seorang ketua yang minta mereka mentaatinya walaupun jika diarah masuk ke dalam unggun api yang sedang menyala.

“Kata Sheikh Hamzah para sahabat mempersoalkan arahan ketua itu dengan berhujah ” kami terima Islam untuk melindungi diri kami semua dari api neraka, bagaimanakah anda boleh meminta kami mengikuti arahan anda dengan kami pula perlu masuk ke dalam unggun api? “.

Kata Sheikh Hamzah ” it shows that the companions have used their brains!,” ujar Mohamed Hanipa lagi.