Dakwaan perlakuan jenayah 1MDB akan menyusul, kata Dr Dzulkefly

Langkah memulakan dakwaan perlakuan jenayah (criminal charges) akan menyusul selepas pihak Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) selesai mendapatkan dana dan aset yang telah dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tegas Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, tindakan undang-undang berhubung pengubahan wang haram mencecah lebih AS$3.5 bilion itu akan dikenakan terhadap lima penama defendan serta termasuk individu dikenali sebagai ‘Malaysian Official 1’.

Mengulas dakwaan Perdana Menteri yang menganggap tuntutan mahkamah berkenaan pada 20 Julai itu hanya saman sivil, beliau berkata, pihak Peguam Negara juga disifatkan sebagai ‘buat-buat tak faham’.

“Ya, nama beliau (Najib) tidak tersenarai dalam kelompok nama ‘Defendan’ (yang kena bela diri). 1MDB pun bukan pihak yang dituduh untuk membela diri.

“Tidak perlu tindakan rampasan kembali aset (forfeiture), kalau di sana tidak didahului dengan jenayah,” tegas Dr Dzulkefly lagi.

Dapatkan akhbar AMANAH Bil 12, 14 – 20 Ogos di pasaran sekarang untuk huraian lanjut.