Malaysia Dateline

Dakwaan potong giliran suntik vaksin berniat jahat, fitnah kata Exco Kelantan

Pengerusi Jawatankuasa Kerajan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin menyifatkan tuduhan terdapat terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba memotong giliran mendapatkan vaksin adalah fitnah.

Katanya, laporan yang tular di media sosial itu sehingga mendapat pelbagai reaksi serta kecaman daripada netizen adalah tidak benar dan berniat jahat.

Bahkan beliau menegaskan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah masuk campur dalam sebarang proses menentukan senarai penerima vaksin Covid-19 di negeri itu sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

“Isu ini sudah tular di Facebook, Twitter dan WhatsApp sehingga ke peringkat menteri. Jadi saya ingin menjelaskan bahawa berita itu adalah satu fitnah dan tidak benar,” katanya dipetik Bernama.

Sebagai orang penting dalam menguruskan suntikan vaksin ini beliau tidak pernah membincangan apa-apa senarai nama dan tidak pernah memberi tekanan kepada JKNK supaya suntikan vaksin didahulukan kepada barisan pemimpin berbanding golongan petugas barisan hadapan.

Terdahulu, Dr Rafidah Abdullah menerusi ciapan di Twitter memaparkan tangkap layar mesej yang diterima beliau daripada individu yang tidak ingin dikenali berhubung perkara itu.

Mesej itu mendakwa suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi ‘laluan’ kepada 200 ahli SUK Kelantan.

Sehari sebelum itu, Rafidah turut meluahkan rasa kecewa di Facebooknya berhuhung situasi itu di mana barisan hadapan seperti petugas-petugas kesihatan yang mengandung, menyusukan bayi, pegawai-pegawai (contohnya farmasi) di lapangan, dan doktor-doktor gigi swasta tidak diberi vaksin terlebih dahulu.

Beliau turut membidas Jabatan Kesihatan Negeri yang menjadi ‘pak turut’ dalam mengendalikan suntikan vaksin ini.